BAYARAN YURAN KEAHLIAN & PENDAFTARAN PKPM 2026
YURAN KEAHLIAN & PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2026
Ybrs. Tuan dan Puan ,
KUTIPAN YURAN
TAHUNAN DAN YURAN KEAHLIAN PERTAMA KALI BAGI PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di
atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan
Kontraktor Perumahan Malaysia akan membuat kutipan yuran kepada ahli-ahli
persatuan ini bagi tahun 2026.
3.
Tertakluk
dalam fasal 6 perlembagaan Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM)
(PPM-025-14-30082021), setiap ahli persatuan perlu membayar yuran tahunan
persatuan sebanyak RM 300.00. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan persatuan
meminta jasa baik Tuan untuk menjelaskan yuran dengan kadar yang segera bagi
melancarkan urusan pentadbiran persatuan supaya ia dapat terus bergerak dengan
lancar.
4.
Pembayaran boleh dilakukan di akaun
bank rasmi persatuan seperti di bawah dan setiap pembayaran perlu disertakan
bersama resit dan maklumat pembayar untuk tujuan rekod persatuan.
|
No. Akaun |
: |
8604988368 |
|
Nama Akaun |
: |
Persatuan Kontraktor Perumahan
Malaysia |
|
Bank |
: |
CIMB Bank |
5.
Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Bendahari
PKPM (En. Azuhan) di talian 016-5240754.
Sekian, terima kasih.
“PKPM; PEMANGKIN
REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0”
Yang Benar,
Azuhan Bin Fauzi
Bendahari PKPM